Panduan Daftar Nikah dan prosedur
perkahwinan Bagi Pasangan Bakal-Bakal Pengantin dari Perak
Bagi pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga, penting untuk
tahu prosedur mendaftar pernikahan di Pejabat Agama. Bukan apa, kalau kita
faham langkahnya, mudahlah nak merancang apa yang diperlukan dalam jangka masa
yang ditetapkan. Kalau tanya dengan Mak-mak kita, mungkin prosesnya berbeza
sebab sekarang dah menggunakan sistem baru / online.
Dalam artikel kali ini, kami berbesar hati menyiarkan
perkongsian Cik Nur Madihah.
Selama menjalani praktikal di Pejabat Agama, memang kerjanya hari-hari
berkaitan dengan borang-borang nikah kahwin. Sampai kena buat nota dan tempek
di dinding kaunter untuk ingat semua proses ini.
Semoga perkongsian ini
dapat menjadi panduan dan memudahkan anda yang bakal berkahwin. Mari kita semak
prosesnya.
8 PROSEDUR DAFTAR NIKAH DI PEJABAT
AGAMA, PANDUAN BAGI PASANGAN BAKAL BERKAHWIN
1. LAYARI LAMAN WEB SPPIM (SISTEM
PENGURUSAN PERKAHWINAN ISLAM MALAYSIA)
Permohonan Kebenaran Berkahwin Online melalui www.sppim.gov.my setakat
2017 ini meliputi permohonan yang dibuat di Negeri Sembilan, Melaka, Perlis,
Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan.
Bagi negeri yang tidak
disebutkan, bolehlah terus membuat permohonan dan mendapatkan kebenaran
berkahwin melalui Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di negeri masing-masing.
Bila dah ke laman web
SPPIM, anda akan nampak paparan begini di halaman utama.
Seterusnya klik pada ikon Benar Nikah Online dan isi maklumat diri sendiri & pasangan.
·
Bila dah siap isi,
simpan nombor rujukan permohonan yang diberikan dari laman web ini.
·
Nombor rujukan ini
penting sebab akan digunakan setiap kali log in.
·
Borang boleh
dikemaskini dan diperbetulkan selagi belum diproses oleh Pejabat Agama.
2. PERIKSA PASANGAN LELAKI TINGGAL DI
DAERAH MANA
Daerah Sama:
Jika pasangan lelaki tinggal di daerah sama dengan perempuan,
bakal pengantin lelaki dan perempuan kena hantar borang nikah online tadi ke Pejabat Agama dalam tempoh 30hari / sebulan sebelum tarikh akad nikah.
Daerah / Negeri
Berbeza :
Tapi kalau daerah / negeri lelaki berbeza dengan perempuan,
bakal pengantin lelaki mesti menghantar borang nikah ke Pejabat Agama dalam
tempoh 90 hari/3 bulansebelum tarikh akad nikah.
3. HANTAR BORANG
Sebelum hantar borang, pastikan borang dah ditandatangan oleh
Imam Masjid Kariah dan ada cop. Kemudian, bawa juga beberapa dokumen lain ke
pejabat agama beserta dengan borang online yang dah disahkan tadi.
Boleh rujuk gambar kat bawah.
Bagi lelaki:
Bagi perempuan:
·
Kalau di negeri Perak,
pasangan kena baca ikrar. Negeri lain saya tak pasti pula macam mana.
·
Lepas dah settle, kena bayar RM15 (seorang) untuk mohon
borang kebenaran berkahwin. Kalau 2 orang iaitu kalau SAMA daerah kena bayar
RM30 ya.
·
Borang kebenaran
berkahwin selalunya siap dalam masa seminggu, bergantung kepada pejabat agama negeri masing-masing.
4. BAGI BORANG KEBENARAN PADA PIHAK
PEREMPUAN
Selepas seminggu,
boleh minta pihak lelaki ambilkan borang tersebut dan bagi kepada pihak
perempuan. Ini kalau daerah/ negeri lelaki yang BERBEZA dengan pihak perempuan.
Tapi kalau
daerah/negeri yang SAMA dengan pihak perempuan, boleh terus bagi kepada Imam
Masjid Kariah untuk akad nikah.
5. Bagi Pihak Perempuan Yang Berbeza Daerah
Berbalik kepada tadi,
bagi pasangan yang BERBEZA daerah, pihak perempuan perlu bawa borang-borang
lelaki yang dah disahkan oleh Pejabat Agama tadi ke Pejabat Agama daerah
perempuan dalam tempoh sebulan sebelum akad nikah.
·
Lepas seminggu,
Pejabat Agama akan bagi borang kebenaran nikah untuk pihak perempuan.
·
Seterusnya, bawa pulak
borang ini kepada Imam Masjid Kariah untuk akad nikah.
6. AKAD NIKAH
Masa akad nikah, Tok Kadi / Tok Imam akan bagi Surat Nikah
Sementara.
Pasangan wajib semak
maklumat dalam Surat Nikah Sementara ini. Pastikan nombor IC semua betul, ejaan
nama tiada kesilapan, dan sebagainya. (PENTING sebab maklumat dalam dokumen ini
akan digunakan untuk buat Sijil Nikah.)
Kemudian bawa Surat
Nikah Sementara ke Pejabat Agama DAERAH PEREMPUAN untuk buat Sijil Nikah.
Kenapa mesti daerah perempuan? Sebab ikut tempat akad nikah.
7. PROSES MEMOHON SIJIL NIKAH
Untuk memohon Sijil
Nikah,
·
Bawa surat nikah
sementara (asal + salinan)
·
IC sendiri, IC
pasangan & IC wali
·
Bayar RM20 untuk sijil
nikah.
·
Tempoh siap biasanya
sebulan atau kurang. Bergantung kepada negeri masing-masing.
Seeloknya, fotostat
sijil nikah tadi, lipat dan simpan dalam dompet. Sijil Nikah asal boleh simpan
dalam fail. Bukan apa, manalah tahu kalau kena serbu dengan Pegawai Agama,
adalah bukti Sijil Nikah yang sentiasa dibawa bersama. Sebab masa ini Kad
Kahwin belum dapat lagi.
8. PROSES MEMOHON KAD KAHWIN
Akhir sekali, bila dah dapat Sijil Nikah, eloklah buat Kad
Kahwin pula. Saiznya yang lebih kecil seperti saiz kad pengenalan memudahkan anda
membawa kad tersebut bersama ke mana-mana sebagai bukti perkahwinan.
Sediakan bayaran RM40
untuk sepasang pasangan. Nanti Pejabat Agama akan bagi senarai dokumen yang
perlu dibawa untuk mohon Kad Kahwin.
ALHAMDULILLAH, SELESAI…
Tahun ini mungkin sistem dah update, jadi mungkin ada sedikit perubahan.
Boleh call Pejabat
Agama dulu ya untuk dapatkan lebih kepastian, sebab sistem di setiap Pejabat
Agama berbeza mengikut negeri.
Dipersilakan share bagi meringankan
kerungsingan semua.
Selamat berkahwin!